Orang kata anak bongsu ini manja.Segala yang diminta mesti/selalu dapat. Mostly benar laa, itu time kecik memang benar,tapi bila sudah besar panjang ia menjadi satu beban kepada anak bongsu nie. Contohnya keadaan aku sekarang ini.
Aku ialah anak bongsu dalam keluarga aku,tapi ianya tidak bermakna aku yang paling manja sekali.Yang paling manja ialah kakak aku no.2.Isk,apa yang kak dengki mesti report dengan mak aku.Lepas tu mula laa mak aku backing dia laa,itu laa ini laa.Ini yang menyebabkan aku tak puas hati sebenarnya. Tp bukan ini yang aku nak cerita,tapi hal lain.
Semasa aku hendak pergi 3rd interview kat keyell,bapak aku call kata jangan pergi sebab nak suruh tolong dia handle hal-hal penjualan tanah dia kat Kelisa,Jeli.Malangnya sudah 3 minggu tidak ada apa-apa progress.Ini membuatkan aku semakin bosan dengan katanya nak suruh tolong handle kerja-kerjanya. Sekarang baru aku tau apa maksud tolong handle kerja-kerja dia...padahal dia hendak aku menjadi driver dia sahaja.Itu sahaja.Memang aku cepat naik bengang dengan ayah aku 2@3 minggu nie.
Belajar 6 tahun diploma dan degree dalam bidang kejuruteraan bagai nak pecah kepala last-last dia nak aku jadi driver dia.Last-last tak bagi pergi interview kat keyell atas alasan nak suh handle kerja-kerja dia.Hampes teramat sangat.Sekarang sudah 2 interview telah aku tolak atas sebab ayah aku nie laa.Alasan semata-mata nak suh handle kerja-kerja dia.Sudah naik menyampah aku dengan perangai ayah aku tu.Dia bukannya nak mengajar bagaimana nak handle hal-hal hartanah ini. Tapi mempergunakan anak sendiri untuk kepentingan sendiri.Bukan untuk anak atau keluarga tapi untuk diri sendiri.Semua kerja-kerja yang dia buat hanya untuk dia seorang sahaja. Mak aku pun sudah cam naik muak dengak sikap ayah aku nie.
Kalau boleh dia hendak control semua perkara dalam dunia ini.Pernah sebelum ini dia buat projek ternakan kambing dan pada masa itu,menjadi pesuruhjaya sumpah(kerja office),buat tanaman pisang,salak, etc, nak buat kerja-kerja construction,nak jual tanah laa.Last-last 80% semua tersadai.Projek ternakan kambing sekarang cam sudah tak laku dh.Banyak rugi dari balik modal.
Sekarang dia hendak aku menjadi mangsa dia. Tolong sambung kerja giler dia. Aku memang tak berminat hendak buat kerja-kerja dia. Dah laa sombong,ego,kesalahan sendiri tak mengaku,Kalau orang tego,buat bodo seperti bercakap dengan budak umur 3tahun,keras hati.Sekarang aku memang tersadai kat rumah mencari kerja disekitar kelantan jek. Hendak jek aku lari dari rumah pergi keyell cari kerja.
Ada kawan aku offer kerja dekat johor,gaji pun boleh tahan jugak Rm80 sehari,tempat tinggal disediakan, tp hanya 2 bulan sahaja. Hendak jek aku buat suka hati aku pergi tanpa bagitau ng bapak aku,baru dia ternanga2. Bapak aku nie mana tahu hal-hal kejuruteraan ini,nama company company.Otak dia makin tua makin sempit sekarang. Satu lagi hal,bapak aku nie selalu,seperti kwn aku ckp dia ada masalah MISS COMMUNICATION.Dah laa garang...
Kadang-kadang aku kesian jugak dengan parent aku ini.Sampai bila dia nak tanggung aku coz ini lah masanya untuk aku tanggung diaorang balik.Sudah 24 tahun diaorang tanggung aku,so tiba laa masanya untuk aku repay balik apa yang dia telah buat kat aku selama 24 tahun ini. Mungkin orang kata aku akan/bakal berdendam dengan bapak aku,maybe YES tapi disebabkan dia bapak aku,so biar lah dendam itu hilang ditiup angin.
28 April 2008
Susahnya Menjadi Anak Bongsu Ini
Posted by ZuL at 7:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









2 komen:
rilex weh...jgnla tention...ako rase bapak ko bukan ckap jek...maybe 1ari nnti dia akan pass smua hartanah dia kat ko tuk handle!!!sape sangka...anyway, jadilah anak yg soleh...arap ko paham makna soleh...
Minta maaf, cuma aku rasa sedara ni dah skit melampau.
Sedara tak boleh cakap macam tu kat ayah sedara.
Mungkin ayah sedara ego dan suka buat benda pelik, tapi mungkin ayah sedara ada sebab buat semua tu. Mungkin ayah sedara ada rancangan lain.
Sedara kata ayah sedara suruh sedara sambung kerja giler ayah sedara. Apasal sedara tak sambung je kerja giler tu?
Mungkin kerja giler tu lah yang akan memberikan kejayaan pada sedara satu hari nanti.
Kebanyakan jutawan-jutawan terkaya sekarang adalah hasil daripada mereka melakukan kerja-kerja giler.(Aku harap sedara faham apa maksud aku)
Cuma satu je aku nak warning. Jangan buat sesuatu yang mak ayah kita tak restu.
Lagi satu, kita ada ilmu, macam sedara, sedara ada ilmu bidang kejuruteraan, daripada kita terhegeh-hegeh cari kerja dengan orang, baik kita buat kerja sendiri. Buat bisness sendiri.
Ayah saudara dah kira bagus, ada usaha nak buat bisness. Apa salahnya saudara teruskan cita-cita ayah sedara.
Mungkin kata-kata saya nampak sikit melampau, tapi kalau saudara faham apa yang saya maksudkan, mungkin ia dapat merubah banyak perkara.
Setiap manusia melakukan kesilapan.
Pesanan ikhlas dari saya, Assalamualaikum.
*Maaf kalau kata-kata saya ni menyakitkan hati saudara.
Post a Comment