Hmm,sejak aku tengok korea movie,My Sassy Girl,aku makin kerap tidor lewat. Sejak aku tengok movie itu,baru aku sedar beberapa perkara. Ianya berada didepan mata aku rupanya selama ini.Aih,sungguh lembap aku bab ini. Lambap catch-up,sebab itu payah nak dapat girlfriend.Hehe.
Aku tak tau nak tulis apa kat blog ini.Nak tido,tak boleh tidor.asyik teringatkan dia sahaja.Rindu barangkali sebab sudah lama tidak menghubungi dia. Rindu teramat sangat,entah kenapa walaupn dia layan boleh dikatakan teruk,tapi still,aih,tak tau nak cakap cam mana. Hendak sahaja aku telefon dia,tapi takut menganggu dia.Al-maklum lah,dia sudah ada pengganti baru.Dekat sikit nak dibandingkan dengan aku ini.Amat jauh...2x naik kapal terbang.
Adakah ini dikatakan Cinta atau hanya sekadar suka-suka sahaja? sebab dia laa juga telah menyembuhkan luka dihati ini yang disebabkan oleh bekas kekasih aku. Aku ada juga menceritakan how do i feel about her,then my friend conclude that, aku ini seorang yang suka memendam.Maybe betul,sebab tidak mahu ada orang yang terluka.Selagi aku boleh nampak senyuman diwajahnya sudah cukup bagi aku.:-)....Jiwang lah pulak pagi-pagi buta ini.
Kawan aku juga ada bertanya kepada aku,kenapa tak offer untuk try dengan dia,aku menjawab,takut dia belum bersedia dan pada masa itu pun aku 50-50 dan skg pn masih 50-50 lagi.Free-free kena dengan maki dgn kwn aku....hahaha....so stupid aku...
Tp aku rasa dia sudah bahagia dh sekarang dengan boyfriend yang baru.Orgnya pn handsome jugak,family ada business sendiri.Peminat pun ramai dan dia ambil berat tentang si 'dia'.
Banyak perkara aku yang aku rindu yang ada pada dia. Dia juga ialah orang ke-3 selepas Mak,ex aku mengenakan cubitan dilengan.Seronok teramat sangat....hahaha...tangan dia bagaikan tangan terminator,urat dawai,tulang besi.Bisa.Ari tu siap ada kesan lebam...Ingat nak buat kenangan,tp hilang lah pulak...haha...giler tul. Selalu jugak gi jalan-jalan/keluar mkn dgn dia. Dia juga byk memberi semangat dan idea sewaktu aku mmg down.
Aku masih ingat lagi dia,sewaktu dia hendak keluar dengan boyfriend dia,jumpa dgn bapak bf dia kot.Aku tengok,entah,xtau nak describe bagaimana. Tersangat cantik.Dengan baju merah yang aku pilih untuk dia,sehari sebelum itu dia beli.Aku speachless tengok dia...Bila jek balik,dia ckp,ada mamat indon asyik tengok dia jek.Aku gelak sakan.Katanya dia over dressing,tp bg aku ok jek kot.Bukan takat ok,tp kira masterpiece dari pilihan aku jugak.Hehe...
Tapi,orang kata jodoh ditangan tuhan.So lepas ini aku nak cari orang seperti dia dan entah kenapa rasa gembira apabila melihat dia gembira?kalau aku cintakan dia,sepatutnya ada perasaan cemburu,dengki ke haper ke.Maybe aku boleh percaya dengan boyfriend boleh jaga dia betul. Dia juga ada cete plan dia, sebelum kawin,dia nak beli kereta,nak beli rumah dulu.Then aku ckp,lambat lagi laa dia nak kawin cm tu.Hehe...
Cm mana laa keadaan dia sekarang erk?hope she is ok and happy with her boyfriend.Soon after our convocation,her boyfriend plan to engage with her and I am glad of it.
Aku tulis ini bukan untuk dia baca,tapi hanya luahan hati aku yang....
16 May 2008
No Title
10 May 2008
My Sassy Girl

* Title: 猟奇的な彼女
* Title (romaji): Ryokiteki na Kanojo
* Also known as: My Sassy Girl
* Audio - Japanese
* Subtitle - English
* Year - 2008
* Genre - Romance, Comedy
* Episode - 1/? (still airing)
Cast
* Kusanagi Tsuyoshi as Masaki Saburo
* Tanaka Rena as Takami Riko
* Matsushita Nao as Asakura Minami
* Suzuki Emi as Kisaragi Haruka
* Yamada Shintaro as Goto Moichi
* Oishi Mitsuki as Hayashida Wakaba
* Chino Yuko (千野裕子) as Yue Asami
* Kokubo Rie (小久保利恵) as Shimaki Yui
* Kosse Koichi (コッセこういち) as Sone Masashi
* Ichige Yoshie as Hayashida Satsuki
* Matsushima Nahomi as Yutenji Yuzuko
* Tanihara Shosuke as Kazushima Kensaku
* Kamikawa Takaya as Natsume Keisuke
Synopsis
Based on the hit South Korean movie, My Sassy Girl, the character backgrounds and plot details will be changed for the drama. While the protagonists in the original film were college students, this time the pair will be a marine biology professor, Masaki Saburo, and Takami Riko, an aspiring writer.
Part 1 : http://www.megaupload.com/?d=PB3NGYPJ
Part 2 : http://www.megaupload.com/pt/?d=Q226LUAV
Part 3 : http://www.megaupload.com/pt/?d=3YDWW2FW
Subtitle : http://www.d-addicts.com/forum/viewtopic_60761.htm
Original Copy/Paste : Kelam-Kabut
09 May 2008
My Sassy Girl
Hari ini aku tidur awal subuh sebab tengah berhantu main online game Galaxy .Sambil-sambil tunggu kumpul resource, aku tengok lah cerita My Sassy Girl,best jugak tengok cerita ini. Dia menceritakan seorang perempuan yang suka membuli sorang budak lelaki,garang,namun perempuan ini suka membuli sebab ia teringatkan ex-bf yg telah meninggal setahun yang lalu.Best jugak cerita ini. Tengokan cerita ini dan jalan cerita dia,kemudian aku teringat cerita aku dulu-dulu. Aku pn dulu selalu kena buli dengan budak nie,coz dia baru sahaja putus dengan 'boyfriend' sebab...tak leh bagitau kat public.Hehe...
Sewaktu dia baru putus,memang dia garang,aku yang menjadi mangsa sebab aku rasakan aku kwn yg boleh dikatakan quite rapat dengan dia. Selalu kena cubit,kadang-kadang siap ada bekas lebam lg.Dianya tangan pergh,memang seperti tulang besi urat dawai. Sebab itu orang panggil dia Mrs. Crabby Patty. Some of my classmate maybe know who i am talking with,but others maybe not. But I feel weird, i feel enjoy when she nip me. Maybe it has been long time nobody nip me since my ex-gf. Hehe. Honestly I like her very-very much,but not as a couple,but as a friend.She got plenty idea and when trying to tackle other women,she give me an idea. But it never works,maybe because I am lack of courage to confront wif women,maybe.Hehe
The point of watching My Sassy Girl it make me think again if i follow the path of that story(My Sassy Girl) does I end just like the story ? maybe yes or maybe no.Or I was to sensitive?Maybe yes,maybe no :-)
08 May 2008
Jiwang Galaxy
2 hari ini aku asyik main game terbaru dari Jiwang Network. Game ini ialah online games n dianamakan Galaxy game. Game ini jenis strategy game,nak kata strategy tak jugak.Tapi lebih kepada pembangunan. Mula-mula rasa cam tak best jek game ini,tapi lama-lama best pulak game ini. Build itu,build ini.Hehe. Ini preview game dia. Nampak cam bosan,tp sebenarnya ianya menarik kalau paham game dia.
Kalau nak main boleh masuk sini Galaxy
04 May 2008
Kalau tak suka, pulangkan
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita", pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila-" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu-"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah" "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?"
Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan." Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan- bukan terhadap mereka.
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila-" "Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini."
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.." "Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak- anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum me! nghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
02 May 2008
1 Mei Aku Kena Tagged
apa benda kena tag nie?cm menarik jek...hehe....aku kena tag ng Xua
7 RANDOM FACTS ABOUT ME:
1) anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik
2) masih teruna lagik
3) pakai cermin mata
4) Kaki internet
5) Ada business kecik-kecilan
6) Menjadi tempat orang meluahkan masalah/perasaan.
7) Suka dengan Lional Messi dan Michael Owen
7 THINGS THAT SCARE ME:
1) Death
2) hilangnya orang yang tersayang
3) takde internet
4) 12 december every year
5) Cacat anggota
6) Kiamatnya dunia tidak sempat bertaubat
7) Hidup tidak diberkati
7 RANDOM MUSIC AT THE MOMENT:
1) One Republic - Apolgjize
2) MCR - The Sharpest Lives
3) Hujan - Meninggalkan Aku Sendiri
4) Letto - Ruang Rindu
5) Michael Jackson - You Are Not Alone
6) Kaer - Izinkan Ku Pergi
7) Sum 41 - Pieces
7 THINGS I SAY THE MOST:
1) Assalamualaikum
2) Waalaikumussalam
3) Alhamdulillah
4) Insyallah
5) boring/bosan
6) cam mana erk nak buat?
7) Ok
7 THINGS I TREASURE THE MOST:
1) My 3 Special Friends
2) myself
3) My Phamily
4) My Play Station Portable
5) Kenangan Sewaktu di University
6) Kenangan sewaktu 'bercerai'
7) My Laptop,speaker n sewaktu dengannya...
7 “FIRST TIME” THINGS I EVER DID:
1) Pergi bangkok berusia darjah 4
2) Masuk Unisel
3) Bercouple (dulu-dulu)
4) Join/complote untuk Sang Unta punya birthday
5) Main rollercoster dengan Sang Unta dalam Times Square
6) Beli laptop pakai duit sendiri
7) Jalan kaki dengan emy di unisel dibawah cahaya matahari pada 28/3
7 PEOPLE TO DO THIS:
1) Hydolarc
2) Cik Izan
3) Eddie
4) SickBoo
5) Farid
6) Iced
7) Jamie
28 April 2008
Susahnya Menjadi Anak Bongsu Ini
Orang kata anak bongsu ini manja.Segala yang diminta mesti/selalu dapat. Mostly benar laa, itu time kecik memang benar,tapi bila sudah besar panjang ia menjadi satu beban kepada anak bongsu nie. Contohnya keadaan aku sekarang ini.
Aku ialah anak bongsu dalam keluarga aku,tapi ianya tidak bermakna aku yang paling manja sekali.Yang paling manja ialah kakak aku no.2.Isk,apa yang kak dengki mesti report dengan mak aku.Lepas tu mula laa mak aku backing dia laa,itu laa ini laa.Ini yang menyebabkan aku tak puas hati sebenarnya. Tp bukan ini yang aku nak cerita,tapi hal lain.
Semasa aku hendak pergi 3rd interview kat keyell,bapak aku call kata jangan pergi sebab nak suruh tolong dia handle hal-hal penjualan tanah dia kat Kelisa,Jeli.Malangnya sudah 3 minggu tidak ada apa-apa progress.Ini membuatkan aku semakin bosan dengan katanya nak suruh tolong handle kerja-kerjanya. Sekarang baru aku tau apa maksud tolong handle kerja-kerja dia...padahal dia hendak aku menjadi driver dia sahaja.Itu sahaja.Memang aku cepat naik bengang dengan ayah aku 2@3 minggu nie.
Belajar 6 tahun diploma dan degree dalam bidang kejuruteraan bagai nak pecah kepala last-last dia nak aku jadi driver dia.Last-last tak bagi pergi interview kat keyell atas alasan nak suh handle kerja-kerja dia.Hampes teramat sangat.Sekarang sudah 2 interview telah aku tolak atas sebab ayah aku nie laa.Alasan semata-mata nak suh handle kerja-kerja dia.Sudah naik menyampah aku dengan perangai ayah aku tu.Dia bukannya nak mengajar bagaimana nak handle hal-hal hartanah ini. Tapi mempergunakan anak sendiri untuk kepentingan sendiri.Bukan untuk anak atau keluarga tapi untuk diri sendiri.Semua kerja-kerja yang dia buat hanya untuk dia seorang sahaja. Mak aku pun sudah cam naik muak dengak sikap ayah aku nie.
Kalau boleh dia hendak control semua perkara dalam dunia ini.Pernah sebelum ini dia buat projek ternakan kambing dan pada masa itu,menjadi pesuruhjaya sumpah(kerja office),buat tanaman pisang,salak, etc, nak buat kerja-kerja construction,nak jual tanah laa.Last-last 80% semua tersadai.Projek ternakan kambing sekarang cam sudah tak laku dh.Banyak rugi dari balik modal.
Sekarang dia hendak aku menjadi mangsa dia. Tolong sambung kerja giler dia. Aku memang tak berminat hendak buat kerja-kerja dia. Dah laa sombong,ego,kesalahan sendiri tak mengaku,Kalau orang tego,buat bodo seperti bercakap dengan budak umur 3tahun,keras hati.Sekarang aku memang tersadai kat rumah mencari kerja disekitar kelantan jek. Hendak jek aku lari dari rumah pergi keyell cari kerja.
Ada kawan aku offer kerja dekat johor,gaji pun boleh tahan jugak Rm80 sehari,tempat tinggal disediakan, tp hanya 2 bulan sahaja. Hendak jek aku buat suka hati aku pergi tanpa bagitau ng bapak aku,baru dia ternanga2. Bapak aku nie mana tahu hal-hal kejuruteraan ini,nama company company.Otak dia makin tua makin sempit sekarang. Satu lagi hal,bapak aku nie selalu,seperti kwn aku ckp dia ada masalah MISS COMMUNICATION.Dah laa garang...
Kadang-kadang aku kesian jugak dengan parent aku ini.Sampai bila dia nak tanggung aku coz ini lah masanya untuk aku tanggung diaorang balik.Sudah 24 tahun diaorang tanggung aku,so tiba laa masanya untuk aku repay balik apa yang dia telah buat kat aku selama 24 tahun ini. Mungkin orang kata aku akan/bakal berdendam dengan bapak aku,maybe YES tapi disebabkan dia bapak aku,so biar lah dendam itu hilang ditiup angin.
24 April 2008
Wow, I lost My Penis
KINSHASA (Reuters) - Police in Congo have arrested 13 suspected sorcerers accused of using black magic to steal or shrink men’s penises after a wave of panic and attempted lynchings triggered by the alleged witchcraft.
Reports of so-called penis snatching are not uncommon in West Africa, where belief in traditional religions and witchcraft remains widespread, and where ritual killings to obtain blood or body parts still occur.
Rumors of penis theft began circulating last week in Kinshasa, Democratic Republic of Congo’s sprawling capital of some 8 million inhabitants. They quickly dominated radio call-in shows, with listeners advised to beware of fellow passengers in communal taxis wearing gold rings.
Purported victims, 14 of whom were also detained by police, claimed that sorcerers simply touched them to make their genitals shrink or disappear, in what some residents said was an attempt to extort cash with the promise of a cure.
“You just have to be accused of that, and people come after you. We’ve had a number of attempted lynchings. … You see them covered in marks after being beaten,” Kinshasa’s police chief, Jean-Dieudonne Oleko, told Reuters on Tuesday.
Police arrested the accused sorcerers and their victims in an effort to avoid the sort of bloodshed seen in Ghana a decade ago, when 12 suspected penis snatchers were beaten to death by angry mobs. The 27 men have since been released.
“I’m tempted to say it’s one huge joke,” Oleko said.
But when you try to tell the victims that their penises are still there, they tell you that it’s become tiny or that they’ve become impotent. To that I tell them, ‘How do you know if you haven’t gone home and tried it’,” he said.
Some Kinshasa residents accuse a separatist sect from nearby Bas-Congo province of being behind the witchcraft in revenge for a recent government crackdown on its members.
“It’s real. Just yesterday here, there was a man who was a victim. We saw. What was left was tiny,” said 29-year-old Alain Kalala, who sells phone credits near a Kinshasa police station.
Source : Reuters
18 April 2008
Kronologi Peluang Kerja
Ini ialah kronologi aku peluang untuk mendapat kerja...
Starting nak Latihan Industry(LI) pada awal sem, aku mula-mula aku dapat kat Jabatan Kerja Raya Kelantan. Kemudian tunggu sehingga tarikh tutup untuk submit blue form(untuk comfirm tpt praktikal) takde respond dari mana company kecuali dari JKR sahaja. Kemudian apa lagi,terpaksa aku pilih kat JKR,kemudian selepas seminggu dua,ada pulak company dari RoadCare hantar surat untuk aku training ng diaorang dekat dengan rumah.JKR pn dekat dgn rumah jugak. Tapi Roadcare bagi elaun Rm300,ok laa tu dari JKR bagi elaun.Malangnya aku sudah hantar blue form tu.So dah tak leh tarik balik...Kemudian 2 hari sebelum aku start praktikal,company Redland call aku untuk tanya aku sama ada aku sudah ada tempat untuk praktical.so sekali lagi aku terpaksa tolak.Sedihnya....
Habis sahaja praktikal dan "Ayahku" baru nak rekemen aku kat one of Redland company, dia pulak masuk hospital sebab saluran jantung dia tersumbat.Sekarang dia ada di hospital Kuala Lumpur.Staff di JKR kata,kalau "Ayahku" rekemen mesti dapat punya,tp apa laa nasib malang aku nie.
Setakat ini sudah 2 interview aku sudah pergi dan pagi tadi ada satu company call untuk pergi interview kat puchong. tapi masalahnya,cm mana aku hendak pergi ke puchong? aku usha-usha map, nak cari public transport untuk ke puchong selain taxi,cm takde jek. nak naik bas, aku tak tau nak naik yang mana satu. Entah laa,patut ke tak aku pergi interview kali ini ?Interview aku jam 3 petang di Metrio Development n coz kalau pergi,mesti makan banyak duit kali ini...silap ari bulan 2x ganda dari biasa....
Tadi aku chat dengan member chat aku,katanya skg memang payah untuk dapat kerja unless ada cable.Aku memang ada cable dalam,tp aku cm malas nak pakai takut,bila dapat,org kata bdk tu dapat keja pakai cable...uish....
So cm mana nie?patut ke tak aku pergi interview atau just pakai cable dalam sahaja?
13 April 2008
4 Days Trip To Kel Ell
Hari Rabu 10/4,aku pergi Unisel Batang Berjuntai nak hantar report Latihan Industry aku. Kali ini aku pergi dengan flight Air Asia. Flight aku pukul 8.30am. Bangun awal lah kali ini. Semasa aku baru jek duduk dalam flight,ada sorang awek ini agak kesian laa.Dianya barang kaca dan banyak.Kalau barang kaca dan banyak so,tentu lah berat...So dia mintak tolong aku untuk letak kat tempat letak barang. So aku tolong lah.Flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur mengambil masa 55 minit. Sewaktu dalam flight,awek tu seperti tak sihat jek...kesian lah pulak nanti klu nak bawak barang kaca yang berat dengan 3 bagnya. So bila nak turun dari flight tu,aku offer laa pertolongan untuk tolong bawak barang kaca dia...pergh,berat jugak.Dekat 15 KG jugak laa berat dia.Aku tolong bawak barang dia hanya sampai ke Terminal sahaja. bila letak jek barang dia,lega rasanya dpt tolong n lengan aku cam keras jek.Al-Maklum lah,dah lama tak angkat berat
Then,aku naik bas ke KL Central dan letak bag aku di KL Central kemudian heading to Unisel Shah Alam sebab nak bayar hutang selebihnya sambil-sambil nak mintak penjelasan kenapa outstanding yuran aku sampai Rm7000.Giler apa,then staff situ cakap,system dia memang tak betul.So dia kira hutang aku ada laa dalam Rm2+++ tak sampai Rm2500 seperti yang aku jangkakan.Entah cam mana dia kira aku pn tak tau.Janji yuran aku settle habis kesemuanya. Then lepas settle bayar yuran aku mintak clearence slip nak ambil result Sem 6.
Kemudian aku pergi kejap jalan-jalan kat MidValley.Sambil-sambil tu SMS dengan Camel dia mintak aku gi usha harga skrit kat The Garden MidValley,akhirnya puas round ahkirnya jumpa.Kebanyakan skirt ada dalam kedai perempuan.Takkan aku nak masuk kedai peremuan...uish,tak biasa.Kalau dia suh aku beli skrit untuk nyna aku sanggup masuk mana-mana kedai. Hehehe.... Dia suh usha jek harga.Bila aku usha kedai-kedai situ,terkejut beruk aku dengan harga dia.Harga skaf jek ada laa dalam Rm80...pergh,kalau skirt aku tgk ada laa dekat-dekat RM200. Then aku cakap dengan camel,kalau wallet takde dalam Rm300,cuci mata jek lah...Mahal siot harga situ.Kemeja biasa aku tengok lebih dari Rm150.Giler,tak sanggup aku nak menengoknya lagi..Pokai giler kalau shopping situ.Hahaha...Lepas jalan-jalan aku pergi terus ke Sg Buluh duduk di rumah Ayah Sof untuk 2 malam.
Keesokan tu,aku pergi ke Unisel dalam pukul 11.Pkl 12 sampai.Aku pergi hantar report LI dekat Pn. Rabitah alhamdulillah dia ada kat bilik.Then aku pergi Examination unit ambil result.Tengok situ hanya dibuka selepas 25hb/4.Argh..aku putus akal.Then aku call Pn. Rabitah, n Pn Rabitah suggest call org tu n org tu suh call En. Megat.Aku call En. Megal then dapat laa result aku sem 6.Tapi aku cuai betul,result aku sem 5 tak ambil.Itu pn aku teringat sewaktu on the way nak balik Sg. Buluh dh.So esok pulak lah
Hari Ketiga pulak aku pergi unisel dan emy pn nak datang unisel nak settle pasal yuran dia dan pendaftaran dia,entah nama dia takde dalam record aku pun kurang paham.Then dapat jumpa dengan dia dan katanya dia kena balik Melaka time tu jugak coz ari Sabtu dia pn kerja jugak.So aku plan,turun kt KTM Sg. Buluh then gi makan kat KL Central.Makan KFC...best..ehhehe...then balik Sg. Buluh
Hari Ke-4 aku plan nak balik lah.Bosan dok rumah Ayah Sof takde benda nak buat selain tengok astro.Dh laa Astro takde cerita yang best.Bosan,so aku pn pergi laa ke Jalan Pekeliling,beli tiket bas ke Kuala Lipis dan singgah rumah akak aku.Then akak aku beli tiket kereteapi pukul 3am....Save bajet sikit.hehe...Harga tiket dari Kuala Lipis ke Wakaf Baru Rm19.
Sewaktu dalam train aku asyik main PSP jek...kadang-kadang terasa rindu dengan 'dia'. Kenapa laa 'dia' kejap timbul,kejap tenggelam.Sekarang 'dia' tenggelam balik.Sudah 4 bulan aku tak dengar berita 'dia' tetiba pop-up...argh,jiwa bergolak pulak dalam train.Bila penat dan mengantuk semua tak kena,resah gelisah...Hope she tak baca this coz I really like 'her'. Orang kata cinta itu buta, dan ianya memang betul.Tidak pernah bersemuka tapi hanya kenal melalui gambar sudah buat aku tertarik dengan 'dia'.Dulu sewaktu aku dalam kesedihan, bila ada 'orang itu' tunjuk gambarnya,entah kenapa hati aku jadi sejuk,tenang. Aih,apa lah yang 'dia' telah buat kat aku. Ada beberapa staff JKR dapat baca air muka aku yang aku telah jatuh cinta dan memang betul,tp adakah cinta aku akan terbalas atau hanya sekadar bertepuk sebelah tangan ?
P/S: Harap-harap 'dia' tak baca ini.
08 April 2008
Unisel Cuba Merompak Duit Student
Sekali lagi unisel buat hal.Kali ini dia betul hendak rompak duit student. Sebelum ini aku check hutang aku hanya ada Rm2500 sahaja lagi.So esok aku bercadang hendak pergi bayar di bendahari.Tetiba semasa aku tengah mencari code kursus untuk LI tiba,terjumpa FINANCIAL statement aku. Memang terkejut gedabak aku tengok ada total outstanding balance.Sebanyak RM7801.00.Aku dh start neverse dah.Kemudian aku double-triple-"double-double" check rupanya memang jahanam Unisel ini. Dia tidak potong subjek yang telah dapat examtion. Ada 12 subjek yang aku dapat examtion.Total examtion dalam RM4+++.Memang bangang aku...
So lepas aku calculate after total yang hanya aku perlu bayar sekarang hanya RM1311. sahaja...Pergh...Memang byk giler diaorg nie nak rompak.Rm6490 dia nak rompak....SIAL betul UNISELL nie.Total yuran examtion ialah Rm6490. Tapi awal-awal aku masuk,diaorang suruh bayar 10% dari setiap subjek.So total semua examtion hanya Rm120.00 sahaja.
Demmit...seb baik aku check.Pagi esok aku akan bertolak ke keyell selama berapa hari pun aku tak tau.Nak pergi berperang dengan bendahari. Kawan-kawan aku pn sama jugak,ada yang sampai RM13,000.Lagi teruk dari aku.
New PSP Messenger
Mulai hari ini, aku dengan PSP aku akan menjelajah bersama-sama dimana PSP aku skg boleh pakai yahoo messenger....yes...bestnya dpt online dimana-mana...
AFKIM v3.3.3 - now with bugfix
If you caught the last update of Danzel's AFKIM for the Sony PlayStation Portable, then you know that the universal IM client is having a bit of a trouble with the BitlBee server. Now, Zx-81 has released yet another build, version 3.3.3, in response to the issues cropping up, and we're here to make sure that the Instant Messaging joy gets resumed for you as quick as possible.
Here's the changelog of the latest version of AFKIM:
For those of us not in the know, AFKIM is a universal chat client for your Sony PlayStation Portable, and it handles today's most popular clients such as Yahoo Messenger, ICQ, GTalk and MSN. Enjoy!
Source:http://pspupdates.qj.net
Thanks to hoffner and inimachi coz tlg aku install ym kat psp :-)
07 April 2008
Kenapa 'Berperasaan' Yang Kurang Baik Hari Ini ?
tadi time tengok bola Man U vs. Boro,kenapa laa aku 'berperasaan' kurang baik... adakah risaukan kt sesorang?maybe ye,sebab sesorang tu dengar khabar masuk hospital balik....fikir-fikir balik,rasanya bukan yang tu. kemudian time rasa tengah risau-risau jek,pop-up laa Instant Yahoo Messenger,antara kawan baik aku.
Rupanya dia ada masalah,patut laa aku rasa risau semacam jek.Then aku baca apa yang dia tulis(bkn dengar sbb dlm YM mana ada org dengar tulisan,baca tulisan boleh laa) baru aku paham dan aku quite simpati laa dengan kawan baik aku nie. Sejak dulu lagi aku sudah perhatikan cara diaorang nie,tp aku hanya diamkan diri tak nak bagi suggestion takut jadi penyibuk atau macam-macam lagi laa,So it's better to leave them alone.Apa masalah dia,tak boleh cerita laa sebab aku nak cerita ini kenapa aku 'Berperasaan' Kurang Baik malam ini...
Sekarang aku sudah tahu kenapa aku 'Berperasaan" Kurang Baik....
P/S: "Kawan Baik" aku harap ko tabah menghadapi masalah dlm dunia nie dan ingai pepatah yang ko kata kat aku dlu 'Nipisnya lapisan antara Cinta dan Benci itu ialah senipis Kulit Bawang"
05 April 2008
Sleep Paralysis
Ada sorang kawan aku nie,kita panggil dia Si 'M' k...baru-baru ini dia menceritakan pengalaman dia dimana dia ada ternampak apa yang sepatutnya dia tak patutnampak. So kira si M nie dalam ketakutan jugak lah aku fikir. Kemudian aku terfikir jugak takut kena buatan orang,peringkat awal.Pada awalnya aku pun bukan mahir pun dalam ilmu bomoh membomoh nie.Aku pun mula laa terfikir takut x-kekasih dia masih tergila-gilakan 'M'.
Orang lelaki kalau sudah tergila-gilakan sesorang,ilmu sesat pun sanggup pakai,akibat terdorong oleh nafsu semua.Kemudian dia menceritakan lagi kepada aku bahawa,bila bangun pagi dia tidak dapat bangun kerana badan dia seperti dihempap oleh sesuatu.Biasanya orang panggil 'Kena Tindih'. Si M nie baca ayat kerusi,lepas itu baru dapat gerak.
And then baru aku rasa relief sikit,bukan sebab dia dapat gerak,tapi sebab aku tau kes apa. Si M ini mengalami 'Sleeping Paralysis'.Sleeping Paralysis ini ialah lumpuh buat seketika.Dimana tuan empunya padan sudah sedar,tapi tidak boleh bergerak.Dalam 10 minit kemudian baru tuan empunya badan boleh bergerak.
Info on Sleeping Paralysis
What is sleep paralysis?
Sleep paralysis consists of a period of inability to perform voluntary movements either at sleep onset (called hypnogogic or predormital form) or upon awakening (called hypnopompic or postdormtal form).
Sleep paralysis may also be referred to as isolated sleep paralysis, familial sleep paralysis, hynogogic or hypnopompic paralysis, predormital or postdormital paralysis
Alhamdulillah kejadian tu bukan buatan orang,tapi buatan sendiri...hehe....
Mari Memboikot Barangan Belanda
Ini ialah list barangan yang mesti kita boikot sehingga matinya seorang syaitan bernama Geert Wilders
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
Source: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/print.php?news.535
02 April 2008
Takkan guna lagi khidmat ABX Xpress
Pukul 8.30am aku turun dari rumah,dengan baju barunya.Al-maklumlah baju sponser.Baju kemeja,lengan panjang and warna biru muda cair. Nampak nice dan nampak innocent pulak bila aku pakai.Haha...Sampai sahaja kat Redland cawangan Kota Bharu,seperti biasa laa,kena tunggu boss dia.Tunggu dekat 2jam jugak laa.Aku ingatkan owerner sendiri yang interview atau ada beberapa orang yang aku kenal dlm Redland akan interview,tapi orang lain.Nasib baik lah tidak kenal...kalau kenal cam tak best pulak kalau di interview dengan orang yang sudah kenal. Kalau tak silap aku,aku di interview tak sampai pun dlm setengah jam.Sebab takde pengalaman berkerja,so tidak ada apa yang hendak diborakan laa.So dia tengok-tengok sijil aku dan tanya 2 soalan sahaja.Kemudia dia cakap,akan hubungi aku kemudian.Hehe
Lepas interview tu,aku pergi pulak ke Pejabat ABX Express,bertanyakan tentang surat yang aku kirim untuk Pn. Rabitah.Dalam surat itu mengandungi 35% markah Latihan Industri aku,sebab Pn. Rabitah tidak terima surat dari aku.So aku pergilah pejabat ABX tu,tanya status surat aku tu sudah sampai atau betul. Aku memang betul-betul hampa dengan jawapan worker ABX Express nie. Dia cakap surat itu sudah sampai,sampai ke alamat yang aku tulis,kemudian aku bertanya lebih lanjut,
Aku: Company u tidak information dari orang menerima surat itu?
ABX Xpress: Surat itu sampai ke receptionist dan kami tidak mengambil apa-apa info tentang penerima.
Pergh,dlm hati aku,bertanya,kenapa bodoh sangat jawapan dan cara berkerja org2 ABX nie. Cam nak lepas tangan sahaja. Aku tulis alamat itu ke Fakulti Kejuruteraan,tp fakulti kejuruteraan mana ada receptionist...worker igt aku bodoh ke apa.Kalau cam nie laa,baik aku pos laju Malaysia jek.Diaorang ada jugak detail si penerima.Kalau tahu nama penerima senanglah kerja.Tak perlu aku kata system ABX Xpress bodoh.Lepas ini I will never ever using ABX Xpress.
Selepas gi pejabat,aku pergi office JKR dengan harapan kejap nak minta signiture Ketua Penolong Pengarah(Jalan Persekutuan), malangnya dia ada meeting lah.1-2/April...so aku terpaksa laa datang pada hari khamis.Minggu depan sudah nak hantar report Latihan Industry.








